Vatican Technology Review
SEE OTHER BRANDS

Daily news on science and technology in the Vatican

Tomorrow.City Shanghai 2025 Dibuka, Menjadi Tumpuan Inovasi Bandar Pintar Global

SHANGHAI, Sept. 15, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tomorrow.City Shanghai 2025 (TCS 2025) telah membuka tirainya di Zhangjiang Science Hall dengan tema “Cabaran dan Penyelesaian”.

Dengan skala yang diperluas, TCS 2025 telah mengalu-alukan delegasi dari lebih 110 bandar merentasi Asia, Eropah, Amerika Latin dan Afrika. Perbincangan tertumpu kepada empat domain utama: Tomorrow.Technologies (Teknologi Masa Depan), Tomorrow.Mobility (Mobiliti Masa Depan), Tomorrow.Environment (Alam Sekitar) dan Tomorrow.Utilities (Utiliti). Lebih 100 pempamer mempersembahkan penyelesaian berteknologi tinggi, sekali gus menonjolkan kepimpinan China yang semakin berkembang dalam inovasi bandar pintar sambil membuka peluang baharu untuk kerjasama antarabangsa. Agenda acara merangkumi 20 Sesi Meja Bulat Industri, 32 Persembahan Bandar dan lebih 40 Mesyuarat Tertutup yang bertujuan mempercepatkan pertukaran ilmu dan pelaksanaan projek.

Acara tersebut turut menganjurkan majlis penyampaian Anugerah Bandar Pintar Serantau & China. Anugerah ini mengiktiraf amalan paling berimpak di Asia dalam transformasi digital, peralihan rendah karbon serta inovasi perkhidmatan awam. Antara lapan penerima Anugerah Projek Terbaik (X-SDI) ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Majlis Perbandaran Sepang (Malaysia), Majlis Perbandaran Bandar Chonburi (Thailand) serta wakil dari Kazakhstan, New Zealand, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China. Anugerah Kepimpinan – Kategori Pemimpin telah dianugerahkan kepada Arkitek Utama Program Bandar Pintar Thailand sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau bersama Pasukan Pelaksana Teras dalam memacu transformasi bandar pintar negara tersebut.

Di majlis pembukaan tersebut, para delegasi antarabangsa menekankan peranan inovasi dalam membentuk bandar yang mampan dan berdaya tahan. Pelancaran Tomorrow.City Community Shanghai menandakan penubuhan hab fizikal pertama bagi rangkaian global tersebut, menyediakan platform yang dipercayai untuk memperkukuh kolaborasi dan mempercepatkan pelaksanaan projek. Melengkapkan pencapaian ini, Senarai Kolaborasi Cabaran & Peluang Bandar telah dilancarkan bersama 16 bandar antarabangsa, yang menekankan bidang keutamaan seperti tadbir urus pintar, peralihan hijau serta pembaharuan infrastruktur bagi menggalakkan kerjasama global yang lebih erat.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d7ad8754-c40d-49dc-ae37-22b7e8e9ab05


Cindy Wang
cindy.wang@tomorrow-city.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions